BERLIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa isu berkaitan hak kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan.
Beliau berkata, Kabinet telah bersetuju untuk membawa usul mengenai pindaan terhadap Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia ke Parlimen bulan ini.
"Sila ikuti perkembangan di tanah air... soalan anda telah diambil alih oleh peristiwa semasa. Kabinet telah bersetuju untuk membawa perkara itu ke Parlimen bulan ini," katanya ketika menjawab soalan pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini.
Anwar berkata, pindaan terhadap Perlembagaan berhubung perkara itu akan menoktahkan isu tersebut.
"Ketika ini, ibu bapa membawa maksud bapa. Kami akan memindanya supaya ibu bapa bermaksud ibu atau bapa," kata Perdana Menteri yang kini berada di Jerman dalam rangka lawatan rasmi selama enam hari.
Mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh wakil Global Bersih bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara berdepan kesukaran mengundi pada dua pilihan raya umum lepas, Anwar berkata beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti perkara itu.
"Kita kena mudahkan, antaranya pengundian langsung. Misalnya lebihkan pusat-pusat pengundian, kita ada pejabat MIDA, Matrade," katanya.
Perdana Menteri berkata SPR juga perlu mengkaji langkah mewujudkan pendaftaran secara automatik untuk pengundi Malaysia di luar negara sama seperti yang diamalkan di tanah air.
Anwar juga berkata pelajar yang merupakan lulusan dari Jerman mendapat permintaan tinggi dalam kalangan majikan di tanah air kerana syarikat negara itu yang beroperasi di Malaysia biasanya akan mencari mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Perdana Menteri Anwar memberi jaminan bahawa isu berkaitan hak kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan. - Foto fail/BERNAMA
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Isu hak kanak-kanak lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan - PM
Pindaan terhadap Perlembagaan berhubung isu kanak-kanak lahir di luar Malaysia akan menoktahkan isu tersebut.